Creative Touch D Arts of Wedding

Gubahan Hantaran, Bunga Dulang, Bunga Pahar berasaskan Dip, Stokin, Manik & Gim

Bunga Pahar Gim & Bunga Dulang Gim – Yati Seri Gombak July 17, 2008

Salam sejahtera semua pengunjung blog Creative Touch! :D

Sibuk sangat dengan tempahan memang pening juga kepala dibuatnya.. tapi yang seronoknya bila pelanggan tersenyum puas dengan tempahan yang dibuat.. Kali ini Creative Touch nak kongsikan bunga pahar gim Aku Cinta Padamu dan bunga dulang gim yang ditempah oleh Nurhayati untuk majlis perkahwinannya pada 30/08/2008.. :) Wahhh.. pasti Yati sedang menyiapkan hantarannya dengan bunga dulang gim yang telah diterimanya 2 hari lepas.. :) Lagipun cuma tambah reben sahaja dan susun atur yang menarik.. Semoga selamat semuanya ye Yati.. :D Selamat menggubah! :D

Wan Nurhayati mahukan gubahan yang klasik.. sebab tu Yati memilih bunga dulang gim dan bunga pahar gim untuk150pcs termasuk untuk acara Khatam Al Quran.. Kami di Creative Touch mendoakan agar penyatuan dua hati antara Yati dan bakal suaminya berkekalan hingga ke anak cucu.. Insyaallah.. :D

p/s: Terima kasih untuk undangan perkahwinan ye Yati.. Insyaallah, kalau tak ada aral.. sampai.. :D

 

Leave a Reply